Pertahanan kanan Lyon, Rafael, menegaskan Memphis Depay mampu menjadi salah seorang pemain terbaik dunia jika dia mempamerkan aksi konsisten.
Depay telah menjaringkan 22 gol dalam semua pertandingan musim lalu tetapi bergelut untuk mengulanginya musim ini selepas menjaringkan enam gol dan yang terakhir hadir pada November lalu.
Rafael yakin pemain berusia 25 tahun itu akan bangkit sambil menegaskan bakat yang dimiliki Depay mampu mencapai tahap yang sama seperti Lionel Messi, Cristiano Ronaldo dan Neymar.
"Dia memerlukan aksi yang konsisten," kata Rafael. "Depay mampu mengimpikan berada dalam kelompok tiga pemain terbaik dunia seiring dengan Ronaldo, Neymar dan Messi.
"Jika dia mampu mempamerkan persembahan yang konsisten, dia mampu mencapai tahap yang sama seperti pemain terbaik dunia."
Depay dikritik pada permulaan musim ini kerana lewat kembali bersama pasukan selepas dikaitkan mencari jalan untuk keluar dari Lyon.
Rafael, bagaimanapun, menepis cadangan itu dan menganggap Depay memberikan komitmen penuh kepada pasukan.
"Dia seorang yang profesional tetapi ramai yang melihat dia sebaliknya. Saya mengetahui dari permulaan musim, dia lewat bersama pasukan, tetapi ia sekadar masalah komunikasi.
"Tetapi dia sentiasa tepat pada masa untuk sesi latihan."