Skip to main content

Bola Sepak

Depay ledak gol pertama bersama Lyon

memphis-depay-opens-lyon-account.jpg
LYON 4 NANCY 0 

Bekas pemain Manchester United, Memphis Depay, membuka akaun jaringannya bersama Olympique Lyonnais dalam kemenangan 4-0 ke atas Nancy dalam saingan Ligue 1, awal pagi tadi. 


Dalam aksi di Parc Olympique Lyonnais itu, pemain antarabangsa Belanda terbabit dimasukkan sebagai pemain gantian selepas lima minit babak kedua bermula bagi menggantikan Mathieu Valbuena yang tercedera. 

Ia merupakan aksi keempatnya bersama Lyon sejak tiba dari old Trafford. 

Depay tidak memerlukan masa lama untuk mencipta impak apabila dia memenangi sepakan penalti pada minit ke-54 dan seterusnya memberi laluan kepada Alexandre Lacazette untuk melebarkan kedudukan kepada 3-0 selepas Valbuena dan Nabil Fekir terlebih dahulu mencetak nama sebagai penjaring. 

Dia kemudian menjaringkan gol sulungnya dalam kariernya di Lyon lima minit kemudian apabila memperdayakan penjaga gol, Sergei Chernik, sebelum melepaskan rembatan kaki kanan.

Gol pemain berusia 22 itu hadir tepat pada masanya, selepas dikritik hebat berikutan menampilkan aksi hambar ketika tewas kepada Saint-Etienne, minggu lalu.

Advertisement

Must Watch Video