Skip to main content

Bola Sepak

Dembele tidak tertekan dengan harga GBP97 juta

ousmane-dembele-cropped_10pnyw0y9egvz1emqopoomquzj.jpg
Pemain terbaru Barcelona, Ousmane Dembele, menafikan rasa terbeban dengan nilai pembeliannya yang mencecah GBP97 juta (RM536 juta).

Pemain berusia 20 tahun itu bersetuju menandatangani kontrak lima tahun bernilai GBP134 juta (RM740 juta), sekaligus memecahkan rekod bayaran kontrak yang telah dibayar kepada bekas penyerang Liverpool, Luis Suarez, pada 2014.

Bagaimanapun, bagi Dembele, jumlah itu sudah menjadi perkara biasa dalam dunia bola sepak moden.

"Saya tidak tertekan. Pasaran perpindhan pemain sedikit gila tetapi saya yakin mampu melakukan tugas saya dengan baik di sini," ujarnya.

Dembele mengisi slot ditinggalkan Neymar yang berhijrah ke Paris Saint-Germain (PSG) dengan rekod pembelian termahal dunia, GBP200 juta (RM1.1 bilion).

"Saya tidak sabar untuk beraksi dalam kalangan pemain terbaik dunia. Saya mahu belajar daripada yang terbaik, daripada Messi dan Suarez di samping cuba memenangi seberapa banyak kejuaraan yang mampu," katanya.

"Ini satu penghormatan kerana dapat bermain bersama pemain seperti Messi. Saya mahu perhatikan apa yang dia lakukan, dia pemain terbaik dunia, terbaik dalam sejarah.

"Menggantikan tempat Neymar bukan satu tekanan. Dia seorang pemain yang hebat tetapi saya masih muda dan masih dalam proses meningkatkan permainan saya.

"Barca memerlukan pemain bagi mengisi slot Neyma, tetapi saya di sini untuk belajar."
 

Advertisement

Must Watch Video