Skip to main content

Bola Sepak

Declan Rice idam gemilang EPL, UCL bersama Arsenal

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

declan-rice.jpg
Declan Rice menyasarkan kegemilangan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Liga Juara-Juara (UCL) bersama Arsenal sambil menegaskan dia akan membuktikan tanda harga £105 juta (RM616.6j) ke atasnya berbaloi.

Pemain tengah England itu berpindah kelab daripada  seteru London, West Ham, awal bulan ini selepas kedua-dua kelab itu mencapai kata sepakat untuk rekod pembayaran pemain Britain termahal dalam EPL.

“Saya rasa sudah tiba masanya sekarang. Anda tahu Arsenal di bawah kendalian Mikel telah memenangi Perisai Komuniti, Piala FA tetapi saya fikir ini adalah sebuah kelab besar.

"Kami tekanan berterusan untuk meraih gelaran dan sudah lama sejak Arsenal memenangi Liga Perdana Inggeris (EPL),” kata Rice kepada Sky Sports News.


 

“Tahun lalu begitu hampir, saya rasa kami menjadi lebih baik dan dapat belajar daripada pengalaman itu. Saya fikir itu sudah pasti sasaran dan sudah tentu apabila kami berada dalam UCL, kami berjuang untuk menang, kami tidak mahu sekadar mengambil bahagian.

“Selalu ada naratif di sekitar Arsenal bahawa mereka tidak akan memenangi EPL mahupun mereka tidak cukup bagus.

"Tetapi sama sekali saya tidak melihatnya dengan cara itu. Saya melihatnya dengan cara dia (Arteta) telah meningkatkan skuad ini setiap tahun. Pemain juga telah berkembang secara individu. Semua orang naik ke tahap yang berbeza dan apabila saya bercakap dengan Mikel tentang cara dia mahu saya beraksi, di mana dia melihat posisi saya dan visi yang dia ada untuk Arsenal.

“Bagi saya ia benar-benar mengujakan sekarang untuk menjadi sebahagian daripada projek ini kerana Arsenal mampu kembali digeruni dan memenangi beberapa trofi.”

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Juara-Juara Eropah (UCL)
Selasa, 09 Dis
League Phase
11:30 PM
FC Kairat Almaty-team-logo FC Kairat Almaty
Olympiakos Piraeus-team-logo Olympiakos Piraeus

Must Watch Video