Skip to main content

Bola Sepak

De Ligt tiba di Turin untuk perpindahan ke Juventus

matthijsdeligt-cropped_vj637oge48181g99rd9i1za7x.jpg
Matthijs De Ligt tiba di Turin semalam tatkala perpindahan pemain pertahanan itu daripada Ajax ke Juventus semakin hampir untuk dilengkapkan.

Juara Serie A, Juve, memaparkan gambar dan video pemain berusia 19 tahun itu di media sosial, sekali gus dijangka menjalani ujian perubatan hari ini.

Barcelona, Manchester United, Liverpool dan Paris Saint-Germain (PSG) turut dikaitkan dengan bek tengah itu, namun kapten Ajax itu dilihat memilih Juventus sebagai destinasi seterusnya.

"Hello Bianconeri, ini Matthijs. Saya sangat gembira untuk berada di sini," katanya.

Juve dilaporkan membayar EUR80 juta (RM368 juta) sambil Ajax turut menerima bayaran tinggi menerusi seorang lagi pemain, Frenkie De Jong, yang berhijrah ke Barcelona dengan harga EUR75 juta (RM345 juta).

Ajax melangkah ke separuh akhir Liga Juara-Juara musim lalu sebelum ditewaskan oleh Tottenham Hotspur dan Juve berharap De Ligt mampu membantu mereka menamatkan penantian untuk menjulang trofi utama Eropah itu.

The Bianconeri turut mendapatkan pemain ejen bebas, Adrien Rabiot dan Aaron Ramsey, serta kembali membawa masuk Gianluigi Buffon dalam musim sulung Maurizio Sarri bersama kelab.

Advertisement

Must Watch Video