BOLA SEPAK
Daniel, Irfan sedia diserap dalam skuad senior
Kejayaan membantu barisan negara ke suku akhir Kejohanan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) B-23 tahun di China baru-baru ini menyerlahkan keyakinan Daniel Amier Norhisham dan Irfan Zakaria untuk tugasan bersama skuad senior dalam saingan Piala Suzuki, Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) hujung tahun ini.
Daniel menyedari tugasan bersama skuad senior dalam saingan Piala Suzuki lebih mencabar, apatah lagi saingan peringkat kumpulan akan diadakan secara timbal balik.
Pemain tengah Felda United ini mengakui perlu menggandakan usaha andai mahu meraih kepercayaan pengendali skuad senior kebangsaan, Tan Cheng Hoe.
Iklan
Daniel adalah antara pemain negara yang konsisten di China, malah turut meraih gol kemenangan berdepan Arab Saudi dalam peringkat kumpulan untuk mengesahkan kemaraan ke suku
akhir.
"Pengalaman di China memberikan keyakinan baru untuk saya pergi jauh dalam karier bola sepak. Saya akan memberikan yang terbaik jika dipilih beraksi bersama skuad kebangsaan," kata Daniel.
Irfan turut melontarkan nada sama, dengan menyifatkan ia sebagai satu penghormatan menyarung jersi skuad senior kebangsaan.
"Kehadiran Cheng Hoe di China menyaksikan kami beraksi adalah satu penghormatan. Saya akan membuat yang terbaik jika dapat beraksi di bawah kendalian beliau," kata Irfan.
Sebelum ini, Cheng Hoe turut menyaksikan kelibat pemain B-23 tahun di China dan mengakui terdapat beberapa pemain yang akan diserapkan ke barisan senior negara.
Must-Watch Video