Skip to main content

Bola Sepak

Coutinho teruja bakal beraksi dengan Messi, Suarez

080118coutinho2.jpg
Philippe Coutinho teruja untuk memulakan kehidupan di Barcelona serta bergandingan dengan idola seperti Lionel Messi dan Luis Suarez.

Barca telah bersetuju membayar sebanyak GBP142 juta (RM770 juta) untuk membawa Coutinho ke Nou Camp dari Liverpool.

Pemain kebangsaan Brazil itu akan menandatangani kontrak selama lima setengah tahun hari ini -- ia merupakan usaha Barca yang akhirnya berjaya disempurnakan selepas beberapa siri bidaannya ditolak Ogos lalu.

Coutinho dijangka mengakhiri saingan musim ini dengan sekurang-kurangnya satu trofi, dengan Barca kini mendahului saingan LaLiga dengan kelebihan sembilan mata ke atas pencabar terdekat, Atletico Madrid, dan berharap untuk meraih lebih daripada satu gelaran.

"Saya sangat gembira. Saya sentiasa berkata saya sedang menjalani kehidupan seperti apa yang diimpikan," kata Coutinho.

"Bermain bola sepak, memenangi gelaran dan membuat penyokong gembira adalah objektif saya.

"Saya juga teruja kerana dapat bergandingan dengan idola-idola saya, bersama-sama pemain yang memiliki sejarah seperti Messi, Suarez, Andres Iniesta, Gerard Pique dan Sergio Busquets. Mereka adalah pemain-pemain yang berkualiti.

"Saya sangat gembira kerana dapat bermain bersama mereka dan berharap dapat mempelajari ilmu baru, menjalani kehidupan dan meraih kemenangan bersama mereka," katanya.
 

Advertisement

Must Watch Video