Philippe Coutinho menerima ucapan tahniah daripada bekas pemain Barcelona dan rakan seperjuangannya di peringkat antarabangsa, Neymar, selepas mengesahkan perpindahannya dari Liverpool ke Camp Nou, semalam.
Neymar meninggalkan gergasi Catalan itu untuk menyertai Paris Saint-Germain (PSG) dengan yuran perpindahan rekod dunia sebanyak €222j (RM1 bilion) semasa musim perpindahan lalu dan hubungannya dengan Barca agak keruh sejak pemergiannya.
Josep Maria Bartomeu berkata ia adalah satu kesilapan untuk mempercayai Neymar sebelum bintang Brazil itu merujuk presiden Barca berkenaan sebagai 'kelakar'.
Bagaimanapun, pemain berusia 25 tahun itu tetap gembira dengan rakan senegaranya itu.
"Saya bermain bersama Neymar dalam pasukan kebangsaan dan kami berkawan sejak kanak-kanak," kata Coutinho dalam sidang akhbar.
"Dia mengucapkan tahniah kepada saya dan memberitahu saya bahawa suasana di dalam bilik persalinan adalah luar biasa.
"Luis Suarez dan Paulinho juga menyapa saya dan mereka berharap saya akan mempunyai masa depan yang sangat gembira di sini," katanya.
Coutinho pernah bergandingan dengan Suarez di Merseyside dan tidak sabar-sabar untuk kembali menjalin kerjasama dengannya.
"Kami menempuhi tempoh yang sangat baik di Liverpool, kami hampir memenangi Liga Perdana Inggeris (EPL)," katanya.
"Dia seorang kawan yang hebat dan ia adalah satu penghormatan yang hebat untuk dapat bermain di sampingnya. Dia memberitahu saya mengenai kelab dan bandar ini, ia membuatkan saya mahu datang.
"Saya sangat gembira bermain dengannya lagi, dia seorang pemain yang hebat, dia kerap bertanya khabar saya, dia seorang kawan yang sangat rapat."
Pemain tengah itu dilaporkan menyertai Barca dengan perpindahan bernilai €160 juta (RM766.7j) , sekaligus menjadikan dia pemain ketiga termahal dalam sejarah selepas Neymar dan Kylian Mbappe.
Bekas pemain Inter Milan itu terpaksa menangguhkan penampilan pertamanya bersama kelab itu untuk tempoh selama tiga minggu lagi akibat kecederaan paha.