Philippe Coutinho dan Yerry Mina berpeluang untuk membuat kemunculan pertama di Barcelona dalam aksi suku akhir kedua Copa del Rey dengan Espanyol awal pagi esok setelah dinamakan dalam skuad berkenaan buat julung kalinya.
Barca memecah rekod perpindahan mereka untuk membawa masuk Coutinho pada awal bulan ini dalam perjanjian yang boleh meningkat menjadi €160 juta (RM775j).
Pemain berusia 25 tahun itu sedang menanggung kecederaan paha ketika meninggalkan Liverpool, sekali gus menangguhkan penampilan bersama pasukan barunya itu.
Begitupun, tonggak Brazil itu hampir pasti akan membuat penampilan sulung dengan mengenakan jersi nombor 14 -- nombor yang dipakai oleh Johan Cruyff dan baru-baru ini dikosongkan oleh Javier Mascherano -- untuk peluang diturunkan ketika mereka menanti kunjungan Espanyol yang membawa kelebihan gol tunggal di Camp Nou.
Pertahanan Colombia, Mina, juga boleh beraksi selepas tiba dari Palmeiras dengan nilai €12j (RM58.1j).
Andres Iniesta dan Paco Alcacer juga berpeluang untuk kembali dalam skuad utama selepas mengalami kecederaan baru-baru ini.