Skip to main content

Bola Sepak

Coutinho berada dalam kalangan pemain elit

080118coutinho.jpg
Luis Suarez menyifatkan Barcelona telah berjaya mendapatkan pemain bertaraf 'elit' ke dalam skuad.

Philippe Coutinho akan menyempurnakan perpindahannya ke Barca dari Liverpool hari ini selepas kelab itu bersetuju membayar sebanyak GBP142 juta (RM770 juta).

Penghijrahan pemain kebangsaan Brazil itu dari Anfield mengikut jejak langkah Suarez yang berpindah ke Barca pada 2014, dengan Liverpool gagal untuk mengekalkan bintang Amerika Selatan itu daripada tarikan beraksi di Nou Camp.

Suarez, yang menjaringkan gol ketika meraih kemenangan 3-0 ke atas Levante semalam, menjangkakan Coutinho bakal menjadi bintang Barcelona.

"Sebagai bekas rakan sepasukan dan sahabat, saya sangat gembira buat Countinho," katanya.

"Saya berasakan dia akan banyak memberikan impak kepada pasukan.

"Setiap orang mengetahui kualiti yang dimilikinya, Coutinho dalam kalangan pemain elit sejak beberapa tahun yang lalu," ujarnya.

Advertisement

Must Watch Video