Skip to main content

Bola Sepak

Courtois: Real akan terus berjuang tetapi Atletico tidak mahu kalah!

madrid-goalkeeper-thibaut-courtois.jpg
Thibaut Courtois menegaskan Real Madrid akan berjuang hingga penghujung musim bagi perebutan takhta LaLiga tetapi mengakui prestasi cemerlang Atletico Madrid menyukarkan mereka.

Juara bertahan itu tewas 2-1 di laman sendiri kepada Levante semalam, bermakna mereka kekal tujuh mata di belakang pendahulu liga, yang kini berkelebihan dua perlawanan.

Real mendahului menerusi Marco Asensio selepas 13 minit tetapi terpaksa berakhir dengan 10 pemain apabila Eder Militao diarah keluar padang.

Hanya lapan minit dan 12 saat, ia merupakan kad merah terpantas yang diterima oleh pemain Real dalam saingan LaLiga sejak musim 2003-04.

Los Blancos tidak dapat menahan tekanan Levante dan dibolosi menerusi jaringan Jose Luis Morales.

Courtois berjaya menyelamatkan sepakan penalti namun Roger Marti berjaya memastikan Levante meledak gol kemenangan.

"Kami perlu berjuang. Saingan LaLiga bakal berakhir pada bulan Mei," kata Courtois. "Kami harus bertindak balas dan berharap Atletico kalah, tetapi mereka terus menang.

"Hari ini kami tidak dapat menganggapnya sebagai permainan yang buruk atau permainan yang bagus -- kami harus bermain dengan kekurangan seorang pemain."
 

Courtois tidak ykain dengan kad merah yang dilayangkan kepada Militao, satu daripada dua kekasaran yang dilakukan Real dalam separuh masa pertama.

Pertahanan itu pada asalnya menerima kad kuning selepas bergelut dengan Sergio Leon, tetapi pengadil perlawanan meneliti semula insiden menerusi VAR sebelum mengarah keluar padang pemain kelahiran Brazil itu.

"Saya tidak fikir dia bermaksud menjatuhkan pemain itu," kata Courtois. "Dan Varane sangat dekat. Walaupun [Leon] mempunyai peluang, saya tidak berasakan kesalahn yang perlu diberikan kad merah."

Advertisement

Must Watch Video