Skip to main content

Bola Sepak

Coppa Italia: Marchisio, Sturaro cedera bawa Juve ke separuh akhir

claudio-marchisio.jpg
JUVENTUS 2 TORINO 0

Claudio Marchisio dan Stefano Sturaro mengalami kecederaan ketika Juventus mengalahkan Torino untuk layak ke separuh akhir Coppa Italia, demikian jurulatih, Massimiliano Allegri, mengesahkannya. 


Douglas Costa dan Mario Mandzukic merobek gawang lawan pada setiap babak untuk mengungguli pertembungan 'Derby della Mole' itu awal pagi tadi untuk menempah pertemuan separuh akhir dengan Atalanta, yang mengejutkan pemimpin Serie A, Napoli, semalam.

Namun, Juventus yang mencatat keputusan tanpa dibolosi di laman sendiri buat kali keenam berturut-turut, perlu menanggung kerugian dalam aksi Coppa Italia itu ekoran kecederaan yang dialami oleh Marchisio dan Sturaro.

"Saya menggantikannya bukan disebabkan persembahan, sebaliknya kerana masalah lututnya," kata Allegri dalam sidang media mengenai keputusan mengeluarkan Sturaro ketika waktu rehat. 

"Dia melaksanakan tugasnya dengan baik tetapi dia baru bermain dalam dua perlawanan dan menempuhinya dengan bagus.

"(Marchisio) mempamerkan aksi yang baik, dia mengalami kecederaan otot lalu saya memintanya supaya menunggu 10 minit untuk memasukkan (Sami) Khedira.

"Dia membuat gerakan yang menarik dan membuka ruang buat Douglas Costa," katanya.

Dengan Napoli, Roma dan Inter Milan sudah tersingkir, Juve tampak memiliki laluan yang agak mudah untuk meraih gelaran Coppa Italia buat kali keempat berturut-turut, namun Allegri enggan menganggapnya sebagai jaminan kerana memburu lebih banyak trofi buat Bianconeri.

"Atalanta adalah sebuah pasukan yang memiliki kekuatan fizikal, teknikal dan teratur," tambah Allegri mengenai lawan yang bakal dihadapinya itu nanti. "Ia akan menjadi separuh akhir yang sukar tetapi kami akan bersedia.

"Saya berasakan Napoli sangat fokus kepada liga, Coppa Italia telah kehilangan sebuah pasukan penting.

"Kami telah mencapai separuh akhir untuk tahun keempat berturut-turut dan saya fikir ia adalah hasil yang baik.

"Semua pemain telah bertindak balas dengan baik, kami mengambil sedikit risiko pada permulaan perlawanan kerana kami tertidur. Kami mempunyai banyak peluang dan saya gembira.

"Matlamat kami adalah jelas, kami harus turun untuk selalu memenangi perlawanan. Torino mempunyai babak pertama yang bagus tetapi ketika ini, bukan mudah untuk menghadapi Juventus," ujarnya lagi.

Advertisement

Must Watch Video