Luis Enrique menuntut penyokong Barcelona agar memberikan sokongan padu kepada anak buahnya tatkala mereka mengintai untuk menjejak kaki ke perlawanan akhir Piala Copa del Rey dengan menyingkirkan Atletico Madrid sambil menegaskan mereka tidak akan bermain untuk sekadar mencatatkan keputusan seri.
Bos Barca itu percaya aksi awal pagi esok akan menjadi 'hari istimewa' di Camp Nou kerana pemainnya mahu memuktamadkan tugas mereka selepas meraih keputusan 2-1 dalam pertemuan pertama.
Andai layak, ia bakal menjadi aksi keempat berturut-turut Barca di pentas final Copa del Rey dan yang ketiga buat Enrique sebagai jurulatih sejak dia membimbing kelab itu dua tahun lalu.
Pengurus berusia 46 tahun itu cukup berbangga dengan pencapaian tersebut dan dalam masa yang sama menegaskan Barca tidak akan turun dengan corak bertahan bagi mempertahankan kelebihan mereka.
"Ia rekod yang cukup penting," kata Enrique dalam sidang media menjelang pertemuan kedua-dua pasukan.
"Kami akan turun beraksi, ia stadium kami dan ia adalah aksi separuh akhir Copa del Rey. Kami memiliki kelebihan dan pasukan lawan perlu menjaringkan dua gol untuk mengubah kedudukan dan keputusan.
"Mereka akan cenderung untuk menyerang dan cuba mencetuskan masalah buat kami. Saya yakin kami akan menyelesaikan situasi itu tapi kami memerlukan sokongan padu daripada penyokong untuk mara.
"Sokongan mereka sentiasa penting, khususnya apabila kami berpeluang ke final buat kali keempat berturut-turut.
"Mereka perlu memburu gol. Keputusan pertemuan pertama memihak kepada kami tapi kami tidak mahu sekadar seri.
"Kami akan turun mendapatkan gol dan memenangi perlawanan. Pasukan lain mungkin akan berbuat sebaliknya tapi bukan kami dan pendekatan ini sentiasa menjadi buat kami dalam setiap pertandingan.
"Sudah tentu kami akan bergelut dan adalah merepek dengan memikirkan pertemuan ini adalah mudah.
"Ia cabaran besar dan sangat menarik. Saya harap kami dapat melepasinya. Ia sepatutnya menjadi hari istimewa buat semua orang.
"Ini adalah pertandingan yang sangat mengujakan buat kami. Kami adalah sebuah pasukan paling berjaya dalam Copa del Rey. Berpeluang memenanginya akan menjadikannya lebih menarik.
"Sudah tentu mara ke perlawanan akhir tidak akan membawa sebarang makna kalau kami gagal memenanginya.
"Namun, saya begitu teruja untuk ke pentas final buat kali ketiga berturut-turut sebagai jurulatih dan yang keempat buat kami secara keseluruhannya andai kami berjaya melepasi cabaran hebat seperti Atletico Madrid."