Casemiro membalas dakwaan Lionel Messi terhadap kontroversi yang ditimbulkannya selepas Brazil menjuarai Copa America, awal pagi tadi.
Messi dilayangkan kad merah ketika Argentina merakamkan kemenangan 2-1 ke atas Chile dalam pertemuan tempat ketiga-keempat semalam sebelum membantah terhadap "korupsi" dan "kurang rasa hormat" yang ditujukan terhadap Persekutuan Bolasepak Amerika Selatan (CONMEBOL).
Dalam satu kenyataan balas, CONMEBOL berpandangan ulasan pemain bintang itu merupakan sesuatu yang tidak boleh diterima dan tidak berasas.
Selepas Brazil mengatasi Peru 3-1 untuk menjuarai Copa America buat kali kesembilan awal pagi tadi, Casemiro -- seteru Messi dalam LaLiga bersama Real Madrid -- berusaha untuk tidak tertarik kepada ulasan Messi itu, namun sekadar memberikan respons ringkas.
"Mereka yang bermulut boleh berkata apa-apa saja," kata pemain tengah itu.
"Saya tidak berhak bercakap mengenai perkara ini. Ia adalah isu yang rumit."
Jaringan daripada Everton, Gabriel Jesus dan Richarlison memastikan kemenangan Brazil ke atas Peru di sebalik mereka terpaksa menamatkan permainan dengan 10 pemain.
Kualiti pengadilan telah menarik banyak kritikan sepanjang saingan Copa America kali ini tetapi Casemiro tidak mahu menilai mutu persembahan pengadil perlawanan.
"Saya tidak berhak untuk menilai mereka.
"Kami telah mencuba yang terbaik dan perlu mengucapkan tahniah kepada Peru di atas pencapaian mereka."