Peluang Michy Batshuayi untuk menambat hati Antonio Conte semakin tipis selepas pengurus itu secara terbuka merelakan pemain itu dipinjamkan jika kelab itu menandatangani penyerang baru.
Pemain antarabangsa Belgium itu sukar mendapat tempat sehingga memaksa Conte mengerahkan Eden Hazard memainkan peranan utama sebagai penyerang sekiranya Alvaro Morata tidak dapat diturunkan.
Dengan Morata sedang menjalani penggantungan, bekas penyerang Marseille itu mengetuai jentera The Blues dalam kemenangan 4-0 ke atas Brighton & Hove Albion di tempat sendiri pada Sabtu lalu, namun gagal merakamkan sebarang gol.
Chelsea telah dikaitkan dengan duo AS Roma, Edin Dzeko dan Emerson Palmieri, manakala Batshuayi hanya akan kekal di Stamford Bridge jika penggantinya tidak dapat dicari.
Ditanya apakah aksi separuh akhir kedua Piala Liga Inggeris (EFL) bertemu Arsenal awal pagi esok merupakan peluang terakhir Batshuayi untuk menyinar, Conte berkata: "Saya tidak tahu apakah ini adalah masa yang tepat. Saya berasakan setiap pemain memiliki peluang membuktikan nilai mereka. Ketika ini, saya fikir saya perlu membuat keputusan terbaik untuk pasukan.
"Setiap perlawanan adalah berbeza, kualiti lawan anda berbeza, saya perlu membuat keputusan terbaik untuk cuba memanfaatkan pemain saya dengan cara yang terbaik.
"Kami perlu cuba meraih keputusan terbaik setiap masa dan cuba meningkatkan kemampuan pemain kami. Kadangkala kami mampu, kadangkala kami gagal tetapi anda perlu melakukan yang terbaik untuk mencapai sasaran anda.
"Jika penyerang lain tiba, maka Batshuayi akan dipinjamkan. Dia ingin beraksi secara kerap, maka saya fikir ini satu langkah yang betul. Jika kami mengekalkan pemain sedia ada, situasi tidak akan berubah. Seorang pemain keluar, jadi seorang lagi pemain akan masuk. Seorang pemain masuk, jadi seorang pemain akan keluar.
"Saya fikir kami perlu sentiasa bersikap jujur dengan pemain. Saya ulangi, saya tidak tahu jika penyerang lain akan tiba di Chelsea tetapi dalam kes ini, saya tidak mahu menghantar keluar mana-mana pemain.
"Bagaimanapun, pemain kerap meluahkan keinginan untuk pergi kerana ingin mencari peluang beraksi, oleh itu anda perlu membuktikan bahawa anda layak bermain setiap perlawanan,"
Kecederaan belakang kembali menghantui Morata sejak akhir-akhir ini dan Conte menegaskan ia tidak serius serta berharap penyerang itu akan kembali berbisa selepas hanya meledak dua gol dalam 11 penampilan terakhirnya.
"Jabatan perubatan sedang cuba untuk menyelesaikan masalah ini demi memberinya peluang menjalani sesi latihan tanpa rasa sakit. Inilah masalahnya yang sebenar ketika ini, bukannya kerana dia tidak menjaringkan gol atau keyakinannya menurun. Sebagai penyerang, anda boleh melepasi ujian ini.
"Saya harap dapat menyelesaikan masalah ini dengan secepat mungkin kerana kami memerlukan Alvaro. Kami memerlukan komitmen Alvaro."
Sementara itu, pemain sayap, Kenedy, dibenarkan menyertai Newcastle United bagi baki musim ini.
"Saya sungguh gembira dengan peluang di Newcastle. Mereka membuka pintu untuk saya ke sini, saya akan memperlihatkan potensi saya dan bermain untuk Newcastle," kata Kenedy dalam satu kenyataan.