Skip to main content

Bola Sepak

Conte mahu 'penamat dongeng' untuk Terry

conte-wants-fairytale-finish-for-terry.jpg
Antonio Conte mahu menyaksikan John Terry menamatkan kerjayanya di Chelsea dengan menjulang Piala FA tetapi ketua jurulatih itu menegaskan pemain pertahanan berkenaan perlu mendapatkan peluangnya.

Terry diberikan permulaan yang jarang berlaku ketika pasukannya mencatat kemenangan 2-0 ke atas Wolves dalam pusingan kelima kejohanan itu, kelmarin.

Pemain berusia 36 tahun itu, yang akan tamat kontraknya pada akhir musim ini, hanya membuat lima penampilan dalam Liga Perdana Inggeris musim ini.

Conte suka melihat pemain pertahanan veteran itu memenangi Piala FA keenam tetapi jurulatih dari Itali itu berkata dia memilih pemain berdasarkan prestasi, bukannya potensi dongeng.

"Saya tandatangan untuk ini. Di mana saya perlu tandatangan?" tanya Conte kerana menganggap Terry -- yang telah bermain 10 perlawanan dalam semua pertandingan musim ini -- layak menjulang trofi.

"Saya mahu ia jelas -- jika setiap pemain layak untuk bermain, saya dengan gembira memberi mereka peluang, tetapi tidak kerana ada sentimen atau saya fikir cara yang betul adalah memberi setiap pemain apa yang mereka impikan.

"John Terry berhak untuk bermain permainan ini dan dia melakukannya dengan baik, jadi saya amat gembira untuk dia. Bagi saya, dia masih seorang pemain yang penting, dia kapten saya dan dia penting di dalam dan di luar padang.

"Dia banyak membantu saya, saya amat gembira dengan kehadirannya dalam skuad saya."

Advertisement

Must Watch Video