Patrick Roberts kembali menyertai Celtic dengan pinjaman semusim daripada Manchester City.
Pemain berusia 20 tahun itu kembali ke Glasgow bagi kempen 2017-18 semalam, sekaligus menyambung tempoh 18 bulan yang telah pun dihabiskan sebelum ini.
Roberts -- yang turut dikaitkan dengan perpindahan ke Nice dan Southampton -- beraksi dalam 47 perlawanan musim lalu dan menyumbang 11 gol bagi membantu Celtic meraih kejuaraan 'treble' buat kali pertama sejak 2001.
Pemain sayap itu teruja kembali bekerjasama dengan Brendan Rodgers sekali lagi.
"Segala kenangan dan kasih sayang yang saya terima daripada penyokong cukup hebat.
"Saya senang berada di sini, jadi saya amat berterima kasih kerana dapat kembali.
"Musim lalu segala-galanya berakhir dengan baik. Saya teruja dapat kembali. Saya tidak sabar untuk beraksi.
"Pengurus (Brendan Rodgers) juga mahukan saya kembali. Saya perlu membuat keputusan dan ketika itu, dia memainkan peranan besar dalam keputusan saya.
"Dia seorang pengurus yang hebat. Saya yakin mampu meningkatkan lagi permainan di bawah kendaliannya."
Roberts bakal menyarung jersi no.7 dalam musim keduanya, angka yang pernah dipakai legenda kelab itu, Henrik Larsson.
"Ini satu penghormatan. Jersi ini cukup ikonik."