Skip to main content

Bola Sepak

City gunakan kejayaan lalu dalam perebutan kejuaraan -- Silva

davidsilva.jpg
David Silva menggunakan pengalamannya sewaktu memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim terdahulu untuk membantu Manchester City menghadapi perebutan kejuaraan musim ini.

Juara bertahan itu berpeluang untuk menyamai kedudukan Liverpool di puncak liga andai mereka menewaskan Chelsea di Stadium Etihad, awal pagi esok.

Silva telah memenangi tiga kejuaraan Liga Perdana Inggeris sejak tiba dari Valencia pada 2010 dan bintang Sepanyol itu percaya pengalaman itu dapat digunakan untuk membantu City musim ini.

"Saya berasakan perlawanan selepas ini adalah yang paling penting.

"Pengalaman beraksi lama dalam Liga Perdana Inggeris akan membantu anda untuk menghadapi situasi seperti ini.

"Kerana anda memiliki pengalaman itu, anda akan tahu segala kemungkinan yang akan terjadi.

"Setiap perlawanan semakin sukar.

"Apabila pihak lawan menutup ruang dan bertahan dengan baik, kami perlu memanfaatkan setiap peluang yang dimiliki.

"Itu yang berlaku ketika kami menentang Everton, Rabu lalu dan kami menjaringkan dua gol.

"Anda tidak akan sentiasa menang dengan margin yang besar.

"Saya rasa apabila kami bertahan dengan baik, kami sentiasa berpeluang untuk memang.

"Sejak saya tiba di sini, kami sentiasa berdepan tekanan seperti ini untuk memburu kejuaraan liga.

"Saya harap kami dapat melakukannya sekali lagi musim ini.

"Kami memiliki pasukan yang penuh dengan pemain hebat berkualiti tinggi.

"Ramai pemain muda, begitu juga dengan yang berpengalaman.

"Kami mempunyai pasukan seimbang dan ia pasti sangat berguna," katanya.
 

Advertisement

Must Watch Video