Barcelona telah mengesahkan Jasper Cillessen bakal direhatkan selama enam minggu selepas mengalami kecederaan betis.
Cillessen mengalami kecederaan otot beti ketika menjalani latihan dan bakal terlepas jadual padat pada Februari, ketika Barcelona bakal menghadapi tujuh perlawanan.
Cillessen tidak tampil beraksi dalam saingan LaLiga musim ini namun mengambil alih tugas Marc-Andre ter Stegen bagi saingan Copa del Rey.
Penjaga gol skuad kebangsaan Belanda itu telah melakukan enam penampilan dalam kejohanan tersebut dan telah menyelamatkan sepakan penalti ketika mengatasi Sevilla 6-1 sebelum Barca melangkah ke separuh akhir.
Bagaimanapun, Cillessen tidak akan berpeluang untuk bertemu musuh tradisi Barca, Real Madrid, dalam aksi separuh akhir Copa, dan hanya akan kembali beraksi pada Mac.
Dalam ketiadaan Cillessen, Inaki Pena mengambil alih tempat untuk memenuhkan senarai skuad Barca menjelang aksi hari ini bertemu Valencia.
Ousmane Dembele masih lagi gagal menempatkan diri dalam skuad Ernesto Valverde kerana masih lagi mengalami kecederaan hamstring.
Rakan senegara Dembele, Samuel Umtiti, turut tidak dapat beraksi.