Skip to main content

Bola Sepak

Cheng Hoe mahu pemain sesuaikan diri dengan pendekatannya

16417chenghoe.jpg
Ketua jurulatih negara, Tan Cheng Hoe, memberikan amaran awal agar pemain yang bakal melewati panggilan pertama kali menyertai skuad kebangsaan perlu bersedia dengan corak
permainan yang bakal diterapkannya nanti.


Cheng Hoe menjelaskan beliau tidak akan memberi muka dan menyifatkan setiap corak permainannya perlu segera diserap pemain sebagai tanda mereka bersedia dengan sebarang pendekatan yang bakal dilakukannya.

Beliau yang dikenali dengan jolokan pelopor tiki-taka ketika mengemudi Kedah sebelum ini, memberi bayangan bakal mengadaptasikan corak permainan terbuka kepada skuad kebangsaan.

"Saya berharap pemain-pemain segera menyesuaikan diri dengan permainan yang saya terapkan ketika beraksi bersama skuad kebangsaan nanti," katanya.

Tambah Cheng Hoe, skuad baru kebangsaan bakal dibarisi majoriti pemain muda yang beraksi dalam Kejohanan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) B-23 Tahun di Kunshan, China baru-baru ini.

Matthew Davies, Safawi Rasid, Akhyar Rashid dan Irfan Zakaria adalah antara nama yang menambat hatinya untuk diletakkan selaku tulang belakang skuad kebangsaan selepas ini.

"Kebanyakan pemain B-23 adalah harapan skuad kebangsaan. Mereka telah berada pada tahap terbaik untuk diserapkan bersama skuad senior," ujarnya.
 

Advertisement

Must Watch Video