Jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe, mengakui beberapa pemain skuad B-23 negara memiliki potensi besar untuk menjadi tonggak utama skuad senior dalam masa terdekat berdasarkan aksi cemerlang masing-masing ketika ini.
Cheng Hoe, yang menggantikan Nelo Vingada selaku ketua jurulatih skuad negara awal bulan lalu, kini berada di China bagi menyaksikan pembabitan skuad muda negara dalam Kejohanan AFC B-23.
Bertujuan untuk memantau dan menilai barisan muda negara yang mampu diserap ke dalam skuad Harimau Malaya, lima pemain kini dalam pemerhatiannya, dengan Akhyar Rashid tampak paling mencuri tumpuannya setakat ini.
"Dalam skuad B-23, mungkin ada empat hingga lima pemain yang mempunyai masa depan yang baik selepas aksi mereka dilihat menerusi tiga perlawanan berkualiti. Mereka mampu menggalas cabaran nanti.
"Apabila Liga Malaysia bermula bulan depan, saya dan kakitangan teknikal akan memantau pemain lain untuk diserap dalam latihan pasukan kebangsaan," kata ketua jurulatih kebangsaan itu.
Antara pemain di dalam skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee itu yang pernah beraksi bersama skuad Harimau Malaya sebelum ini ialah Safawi Rasid, Nor Azam Azih, Syamer Kutty Abba dan Adam Nor Azlin.
Sementara itu, Cheng Hoe enggan mengulas lanjut mengenai calon pembantunya selepas penolong jurultih Kedah, Nidzam Adzha Yusof, dikaitkan akan menyertai barisan kejurulatihan skuad senior kebangsaan.
Cheng Hoe sebaliknya mengesahkan perkara itu akan diumumkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam masa terdekat.