Skip to main content

Bola Sepak

Chelsea mudah ratah Arsenal

chelsea-3-arsenal-1-hazard-thrills-for-conte-s-champions-elect.jpg
CHELSEA 3 ARSENAL 1

Eden Hazard menjadi inspirasi buat Chelsea untuk melebarkan kedudukan mereka di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan mendominasi pencabar terdekat, Arsenal, 3-1 di Stamford Bridge, malam ini. 


Marcos Alonso membuka tirai gol pada minit ke-13 untuk meletakkan tuan rumah di hadapan apabila menanduk masuk bola percubaan awal Diego Costa yang menggegar palang gol. 

Hazard kemudian menambah derita Arsenal menerusi gerakan solo dari kawasan sendiri sebelum menyempurnakan tindakan penyudah. 

Kesilapan penjaga gol pelawat, Petr Cech, membuka peluang kepada Chelsea untuk merakamkan gol ketiga.

Cech gagal mengeluarkan bola dari kawasan bahaya dengan baik apabila bola yang menuju ke arah Cesc Fabregas digunakan sebaik-baiknya dengan melambungkan bola terus menuju ke pintu gol yang ternganga luas. 

Gol sagu hati Arsenal yang disumbangkan pemain gantian, Olivier Giroud, pada masa kecederaan tidak memberi sebarang makna untuk mengubah kedudukan perlawanan. 

Advertisement

Must Watch Video