Skip to main content

Bola Sepak

Chelsea, Malmo berdepan tindakan disiplin

ross-barkley.jpg
Chelsea dan Malmo menghadapi hukuman Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) di atas insiden yang berlaku dalam aksi Liga Europa di Sweden.

Skuad bimbingan Maurizio Sarri itu berdepan tindakan disiplin kerana penyokong yang hadir melontarkan objek dan menceroboh ke dalam padang, dengan sebilangan penyokong menuju ke Eden Hazard bagi mendapatkan jersinya selepas tamat perlawanan.

Malmo turut didenda kerana melontarkan objek dan menyalakan bunga api. Kes itu akan dikendalikan oleh Badan Kawalan, Etika dan Disiplin UEFA pada 28 Mac ini.

Sementara itu, pemain tengah Valencia, Geoffrey Kondogbia, berdepan hukuman selepas dilayangkan kad kuning ketika mengatasi Celtic 2-0.

Kondogbia menerima hukuman tersebut pada minit ke-82 kerana melengah-lengahkan permainan dan bakal terlepas aksi timbal balik di Mestalla.

UEFA mengumumkan Khamis lalu bahawa siasatan sedang dijalankan terhadap ulasan yang dilakukan oleh Sergio Ramos selepas kapten Real Madrid itu mendedahkan dia sengaja menerima layangan kad ketika melakar kemenangan 2-1 dalam aksi Liga Juara-Juara (UCL) bertemu Ajax.
 

Advertisement

Must Watch Video