Skip to main content

Bola Sepak

Chelsea bukan pasukan pilihan -- Conte

antonio-conte_a672ntmmqdq51x1p53rkn4ogp.jpg
Antonio Conte tidak percaya Chelsea dianggap sebagai pasukan pilihan bagi perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini selepas pengendali kelahiran Itali itu meluahkan rasa tidak puas hati terhadap proses jual beli pemain setakat ini.

Chelsea bakal memulakan kempen mempertahankan kejuaraan yang dimenangi musim lalu dengan menerima kunjungan Burnley hari ini.

Bagaimanapun, kegagalan mendapatkan khidmat Romelu Lukaku dan Leonardo Bonucci, serta perpindahan Nemanja Matic ke Manchester United, seakan-akan mencetuskan rasa tidak puas hati bekas pengendali Juventus itu.

Conte tampak tidak berpuas hati apabila soalan mengenai pembelian terbaru diajukan kepadanya selepas tewas dalam aksi Perisai Komuniti menerusi penentuan penalti ketika berdepan Arsenal, minggu lalu.

Bercakap dalam sidang media menjelang aksi berdepan skuad kendalian Sean Dyche itu, Conte menafikan peluang pasukannya untuk mengulangi kejuaraan musim lalu.

"Chelsea bukan pasukan pilihan kali ini," katanya.

"Sama seperti musim lalu, tiada yang percaya Chelsea akan menjuarai liga. Musim ini, saya tidak percaya sekiranya ada yang berpendapat sedemikian."

Ditanya mengapa dia enggan dilabel sebagai pasukan pilihan, Conte berkata: "Saya sudah menjawab soalan ini lebih tiga kali.

"Saya telah menandatangani kontrak baru dan memutuskan untuk kekal di Stamford Bridge. Saya akan cuba berikan 120 peratus untuk kelab ini.

"Situasinya amat jelas. Saya gembira dengan tugasan ini. Saya akan berikan yang terbaik setiap hari."

Advertisement

Must Watch Video