Laporan yang mengaitkan Neymar dengan perpindahan ke Real Madrid sengaja dihasilkan oleh media Sepanyol dalam percubaan mereka untuk mengganggu pemain kelahiran Brazil itu, demikian menurut rakan sepasukan Paris Saint-Germain (PSG), Marquinhos.
Neymar menjadi pemain termahal dunia apabila menandatangani kontrak bersama PSG dari Barcelona menerusi perjanjian bernilai €222 juta (RM1 bilion) pada Ogos lalu.
Tetapi media Sepanyol secara konsisten mengaitkan Neymar dengan perpindahan ke skuad yang juga pesaing utama Barcelona, Madrid, dan dianggap sebagai pengganti berpotensi kepada Cristiano Ronaldo.
Neymar telah menjaringkan 15 gol Ligue 1 untuk membantu PSG menguasai liga tetapi dia bertembung dengan rakan sepasukan, Edinson Cavani, berkaitan tugas mengambil sepakan penalti.
Marquinhos, bagaimanapun, mendakwa Neymar dapat menyesuaikan diri di ibu negara Perancis itu, dengan PSG bersedia menghadapi Madrid dalam pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah, bulan depan.
"Akhbar Sepanyol? Saya fikir mereka mahu mengganggu kami," kata pertahanan itu kepada Canal+ sebelum perlawanan menentang Lyon, awal pagi tadi.
"Apabila kami melihat prestasi Neymar, saya fikir mereka ingin membuat kekeliruan kepadanya.
"Mereka bermain bersama kami. Dia baru sahaja tiba di Paris.
"Semua orang lihat dia baik dan gembira. Dia mempunyai kawan di sini dan mempunyai segala yang diperlukan untuk menjaringkan gol," tambahnya.