BORDEAUX 0 PSG 3
Edinson Cavani merakamkan catatan peribadi terbaik meledak jaringan secara berturut-turut buat Paris Saint-Germain (PSG) hasil rembatan kencangnya ketika menundukkan Bordeaux, awal pagi tadi.
Pemain antarabangsa Uruguay itu melepaskan rembatan voli dari jarak 20 ela ketika permainan baru berusia enam minit di Nouveau Stade de Bordeaux untuk memastikan dia kini menyumbat gol dalam enam perlawanan berturut-turut.
Penggempur yang mencecah usia 30 tahun pada Khamis lalu itu, telah menggegarkan gawang Lille, Dijon, Monaco dan Nantes dalam saingan Ligue 1 serta ketika berdepan Bordeaux dalam pertembungan Coupe de la Ligue.
Dia mengulangi penyudah berbisanya dalam babak kedua untuk melebarkan rekod jaringannya kepada 25 gol daripada 23 perlawanan di Perancis musim ini.