Skip to main content

Bola Sepak

Cavani atasi rekod Ibrahimovic sebagai penjaring terbanyak PSG

26417edinson-cavani.jpg
Penyerang Paris Saint-Germain (PSG), Edinson Cavani, melahirkan kegembiraan selepas jaringannya dalam kemenangan 4-0 ke atas Montpellier awal pagi tadi membawanya mengatasi Zlatan Ibrahimovic sebagai penjaring terbanyak kelab itu.

Cavani menyudahkan hantaran Adrien Rabiot pada minit ke-11 -- gol ke-157 untuk gergasi Ligue 1 itu -- bagi menetapkan penanda aras baru.

Cavani menerima trofi selepas perlawanan yang disampaikan oleh presiden kelab, Nasser Al-Khelaifi.

Cavani melontarkan jersinya ke arah penyokong dalam meraikan golnya dan penyerang itu menyatakan kegembiraannya dengan menjadi sebahagian daripada PSG.

"Ia sesuatu yang luar biasa, saya sangat beremosi," kata Cavani kepada Canal+.

"Dalam kehidupan, kamu tidak selalu diraikan. Saya sangat berpuas hati, sangat gembira berada di sini," katanya.

Advertisement

Must Watch Video