Skip to main content

Bola Sepak

Casemiro: Kami tidak boleh cakap tentang Ronaldo

casemiro.jpg
Casemiro berkata tiada guna untuk bercakap mengenai Cristiano Ronaldo selepas Real Madrid tewas kepada Barcelona dalam separuh akhir Copa del Rey, awal pagi tadi.

Jaringan berganda Luiz Suarez dan gol sendiri Raphael Varane menyaksikan Barca memperoleh kemenangan 3-0 di Santiago Bernabeu dan mara ke final dengan agregat 4-1.

Vinicius Junior, 18, memperoleh peluang terbaik buat Madrid, namun dia gagal menyempurnakan deretan peluang itu sebelum mereka dihukum dalam babak kedua. 

Bagi Casemiro, tiada gunanya untuk mereka masih memperkatakan tentang penyerang Juventus, Ronaldo, walaupun kehilangan pemain itu masih jelas dirasai oleh gergasi Eropah berkenaan.

"Kami tidak boleh bercakap tentang pemain yang tidak berada di sini," katanya kepada AS.

"Seminggu lalu, kami bercakap tentang Karim Benzema, Vinicius dan Lucas Vazquez, kami tidak boleh bercakap tentang Ronaldo kerana dia bukan pemain Madrid.

"Kami tidak dapat menghasilkan jaringan, namun barisan penyerang sudah memberikan yang terbaik, terutama Karim yang sedang melewati musim terbaiknya di Madrid," katanya.

Casemiro enggan menyalahkan Vinicius, yang melakukan lima percubaan ke kubu Barca dalam babak pertama.

"Tidak adil untuk menyalahkannya sahaja. Dia amat berani, berusaha keras dan tidak takut dengan apa-apa.

"Dia berada di tahap tertinggi dalam usianya," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video