Kad merah yang dilayangkan ke atas pemain pertahanan Nantes, Diego Carlos, ditarik balik oleh Liga Profesional Perancis (LFP) serta menerima permohonan maaf daripada pengadil, Tony Chapron, berikutan perbalahan kedua-dua individu itu dalam kekalahan 1-0 kepada Paris Saint-Germain (PSG), minggu lalu.
Carlos bertembung dengan Chapron ketika cuba menyertai serangan balas Nantes dalam masa kecederaan di Stade de la Beaujoire sehingga menyebabkan pengadil itu terjatuh.
Chapron bertindak balas dengan menendang kaki kanan Carlos dan setelah pemain itu mengadu, dia dilayangkan kad kuning kedua.
Dalam satu kenyataan di dalam laman sosial, Nantes mengesahkan Jawatankuasa Tatatertib LFP telah "membetulkan keputusan yang jelas salah" dengan menarik balik hukuman ke atas Carlos. Iini bermakna dia boleh diturunkan dalam aksi di Toulouse nanti.
Bagaimanapun, Chapron belum boleh meneruskan tugasannya apabila Persekutuan Bola Sepak Perancis (FFF) mengumumkan semalam bahawa dia akan digantung dan akan menghadapi sidang disiplin.
Pengadil berusia 45 tahun itu mengeluarkan kenyataan kepada agensi berita AFP dengan menggambarkan kelakuannya sebagai "tidak sesuai" dan menjelaskan tindakan itu didorong oleh kecederaan yang dialaminya baru-baru ini.
"Pada masa perlanggaran itu, saya berasakan sakit secara mendadak kerana saya baru mengalami kecederaan," kata Chapron. "Malangnya, saya bertindak balas dengan menyepak ke arah pemain.
"Ia bukan tindakan yang sesuai. Jadi, saya ingin memohon maaf kepada Diego Carlos di atas tindakan itu.
"Laporan tambahan telah dihantar kepada jawatankuasa tatatertib supaya hukuman kad yang diterima oleh pemain Nantes itu ditarik balik. Lagipun, gaya dan tindak balasnya kelihatan tidak disengajakan.
"Saya akan menyimpan komen selanjutnya kepada pihak berkuasa," katanya.
Chapron sepatutnya akan mengadili pertembungan Ligue 1 di antara Angers dan Troyes, pertengahan minggu ini.