LIGA SUPER MSIA
Calon jurulatih B-23 tahun sudah dikenal pasti
Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Noor Azman Rahman, berkata calon yang bakal menjadi pengganti pengendali, E. Elavarasan, untuk mengemudi skuad B-23 telah dilakukan Jawatankuasa FAM dan kata putusnya bakal diumumkan dalam masa terdekat.
Azman turut menepis khabar angin bahawa bekas bintang Jepun, Keisuke Honda, yang dicanang bakal memikul tanggungjawab tersebut.
Iklan
"Kami akan kemas kini dalam masa terdekat," katanya hari ini.
Sementara itu, Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang, yang melancarkan Karnival Uniti Pestabola Merdeka Kuala Lumpur 2023 melalui kerjasama strategik dengan FAM -- yang akan berlangsung pada 13 hingga 17 Oktober depan -- dijangka menarik lebih 100,000 pengunjung dalam karnival yang julung kali diadakan ini.
"Ini kali pertama kami adakan karnival seperti ini ini untuk memupuk kembali sejarah edisi lalu.
"Kami juga tampilkan pemain-pemain lama untuk memeriahkan karnival yang tujuannya mengeratkn perpaduan kita," katanya.
Must-Watch Video