Skip to main content

Bola Sepak

Calhanoglu digantung empat bulan

spurs-want-calhanoglu-claims-agent.jpg

Bintang Bayer Leverkusen, Hakan Calhanoglu, akan menjalani penggantungan empat bulan dan terlepas baki saingan musim ini.

Mahkamah Timbangtara Sukan (CAS) telah melaksanakan hukuman yang dijatuhkan badan induk bola sepak dunia, FIFA, susulan dia didapati bersalah melanggar kontrak dengan kelab Turki, Trabzonspor.

Kelab itu telah memfailkan tuduhan kepada FIFA pada tahun 2013 bahawa Calhanoglu telah bersetuju untuk menyertai pasukan itu dari Karlsuhe pada 2011 sebelum dia memilih untuk kekal di Jerman.

Pemain berusia 22 tahun itu juga perlu membayar denda GBP85,000 kepada Trabzonspor.

Pengarah Leverkusen, Rudi Voeller, berkata pihaknya tidak dapat melakukan apa-apa selain mengakui senario itu akan memberi impak terhadap misi kelab musim ini.

Ketika ditawarkan kontrak oleh Trabzonspor pada tahun 2011, Calhanoglu baru berusia 17 tahun sebelum berhijrah ke Hamburg pada 2013 dan menyertai Leverkusen setahun selepas itu.

Calhanoglu, yang telah menyumbang tujuh gol untuk Leverkusen musim ini, kini akan terlepas aksi pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah (UCL) berdepan Atletico Madrid dan saingan Kelayakan Piala Dunia bersama Turki berdepan Finland pada 24 Mac depan.

Advertisement

Must Watch Video