'Menyebabkan gangguan tertentu memandangkan persiapan sedang berjalan'
Persatuan Bolasepak Asia Tengah (CAFA) jelas kecewa dengan keputusan Harimau Malaya yang telah menarik diri daripada menyertai Kejohanan Piala CAFA pada saat akhir berikutan kenyataan daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini.
Ia sekali gus, menyaksikan sudah pasti badan induk itu harus melakukan beberapa rombakan dengan pasukan yang masih kekal dalam pertandingan tersebut.
CAFA menegaskan dengan menafikan dakwaan Malaysia berkenaan tarikh kejohanan adalah tidak benar sama sekali.
Katanya, tiada perubahan tarikh dan skuad kendalian Peter Cklamovski sudah dimaklumkan awal sebelum menyertai pertandingan edisi kedua itu bahawa ia akan dilangsungkan di luar kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
"Penyertaan Malaysia sebelum ini disahkan lebih awal dengan pengetahuan penuh mengenai tarikh kejohanan yang dijadualkan berlangsung dari 29 Ogos hingga 8 September 2025 dan tarikh itu tidak pernah berubah sejak dari awal," ulasnya dalam satu kenyataan rasmi.
Sudut logistik, ketersediaan pemain, dan tahap persiapan skuad secara keseluruhan menjadi antara punca penarikan diri Harimau Malaya.
Namun, CAFA juga telah menetapkan peraturan di mana ia memberi 'budi bicara' dan kelonggaran kepada semua pasukan untuk menghasilkan sebuah pasukan yang kuat.
"Mengikut peraturan kejohanan, pendaftaran akhir pemain yang dipilih daripada senarai awal 35 boleh diserahkan mengikut satu perlawanan ke satu perlawanan yang lain," katanya lagi.
Ini bermaksud, setiap pasukan bebas menyenaraikan sesiapa sahaja (pemain) yang ada mengikut jumlah yang didtetap untuk setiap aksi tanpa perlu menghantar senarai penuh seperti kejohanan lazim yang lain.
"Ia memberikan fleksibiliti maksimum termasuk membolehkan pemain utama menyertai pasukan untuk aksi seterusnya," tambahnya.