Skip to main content

Bola Sepak

Busquets: Seri adalah keputusan adil untuk dua kelab besar Eropah

sergio-busquets-cropped_322jt81pudvu18v0qdkdc5y14.jpg
Sergio Busquets berpendapat keputusan seri 1-1 dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala Raja Sepanyol di antara Barcelona dan Real Madrid awal pagi tadi adil untuk dua kelab terbaik Sepanyol dan Eropah itu.

Lucas Vazquez meletakkan pelawat di depan selepas enam minit perlawanan di Camp Nou tetap Malcom menyamakan kedudukan dalam babak kedua untuk memastikan perlawanan terikat 1-1 sehingga tamat permainan.

Ia menjadi satu aksi yang cukup sengit tatkala kedua-dua pasukan mencipta 11 percubaan dan Barca mengawal lebih 14 peratus permainan walaupun Madrid akan kembali ke Santiago Bernabeu dengan kelebihan jaringan di tempat lawan.

Busquets percaya seri adalah keputusan yang tepat untuk kedua-dua pasukan apabila berkata: "Secara umum, seri adalah adil. Ia perlawanan yang seimbang. Segalanya akan ditentukan dalam aksi kedua.

"Terdapat peluang yang cukup untuk sesiapa sahaja mencapai kemenangan. Peluang masih 50-50 walaupun kami akan beraksi di laman lawan.

"Tiada pilihan dalam aksi sebegini. Kami adalah dua pasukan terbaik Sepanyol dan Eropah."

Pendapat itu turut dipersetujui penjaga gol Madrid, Keylor Navas.

"Ia satu perlawanan yang bagus. Semua pemain berjuang apabila perlu. Kedua-dua pasukan mahu ke final dan kami mahu melakukan lebih baik untuk mencapai hasrat itu. Kedua-duanya memiliki peluang," ujar Navas.

Jaringan Malcom merupakan gol ketiga daripadanya buat Barca sejak tiba daripada Bordeaux menerusi perpindahan bernilai EUR42 juta (RM195 juta) Julai lalu.

Busquets berharap pemain Brazil itu meraih suntikan untuk terus berusaha keras bagi mendapatkan tempat dalam skuad utama kendalian Ernest Valverde itu.

"Satu jaringan mampu memberikan anda keyakinan," tambah Busquets.

"Kami berharap agar semua orang membantu dan jurulatih akan membuat keputusan."
 

Advertisement

Must Watch Video