Sergio Busquets mendedahkan gelagat Espanyol ketika meraikan kemenangan suku akhir pertama Copa del Rey ke atas Barcelona menjadi pembakar semangat kepada pasukannya untuk bangkit dalam pertemuan kedua, awal pagi tadi.
Jaringan Luis Suarez dan Lionel Messi pada separuh masa pertama untuk kemenangan 2-0 menghantar Barca ke peringkat separuh akhir menerusi agregat 2-1 -- musim kelapan berturut-turut mara ke separuh akhir.
Espanyol membawa bekalan gol Oscar Melendo, namun Barca bangkit untuk menghidupkan peluang meraih gelaran Copa del Rey keempat berturut-turut.
"Walaupun merupakan pasukan pilihan, kami masih perlu membuktikannya," kata Busquets. "Kami memperagakan aksi yang baik, lebih banyak daripada keputusan sebenar.
"Mereka meraikannya di Cornella seolah-olah mereka sudah layak, namun perlawanan ini berlangsung selama 180 minit dan kami menghukum mereka."
Philippe Coutinho tampil dari bangku simpanan untuk aksi pertamanya bersama Barcelona yang kekal di landasan memburu tiga kejuaraan.
Dengan Real Madrid dan Atletico Madrid sudah terkeluar daripada saingan ekoran kekalahan kepada Leganes dan Sevilla, Busquets menegaskan Copa kini agenda utama Barca.
"Sebenarnya, ini adalah kejohanan yang kami kerap menangi dalam beberapa tahun kebelakangan ini," tambah Busquets.
"Adalah jelas bahawa terdapat keutamaan pada musim ini tetapi Copa sangat penting bagi kami.
"Kami berada dalam kedudukan istimewa dalam LaLiga (11 mata mendahului pencabar terdekat, Atletico) dan dalam Copa, kami kekal bersaing.
"Kami akan fokus satu persatu. Pendekatan inilah yang membolehkan kami berada di kedudukan sekarang, saya harap kami akan berjuang untuk semua kejuaraan."
Dalam perkembangan lain, pemain berbakat Kanada, Ballou Tabla, 21, akan menyertai kelab Catalan itu dari Montreal Impact selama tiga tahun.
Barca mendapatkannya dengan harga €25 juta (RM120.4j) yang boleh meningkat sehingga €75 juta (RM361.3j) jika mereka berhasrat melanjutkan perjanjian itu dua tahun lagi.