Skip to main content

Bola Sepak

Buffon wira sebenar Juve

gianluigi-buffon-200817.jpg
Bos Juventus, Massimiliano Allegri, memuji pengaruh Gianluigi Buffon selepas penjaga gol itu menepis sepakan penalti dalam kemenangan 3-0 ke atas Cagliari dalam aksi pembukaan Serie A, awal pagi tadi.

Mario Mandzukic, Paulo Dybala dan Gonzalo Higuain mencetak nama selaku penjaring apabila mereka memulakan kempen mempertahankan kejuaraan dengan bergaya.

Ia mungkin situasi berbeza andai Buffon tidak menafikan sepakan penalti Diego Farias selepas teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) yang diperkenalkan dalam Serie A membuktikan Alex Sandro melakukan kekasaran. 

Allegri mengakui sistem baru itu memerlukan masa untuk menyesuaikan diri, namun lega dia masih boleh bergantung kepada ketua pasukan berusia 39 tahun itu untuk menangani senario tersebut. 

"Kami perlu menyesuaikan diri untuk menunggu keputusannya," kata Allegri mengenai VAR. 

"Dalam kes ini, sepakan penalti diberikan kepada pihak lawan dan mujur kami mempunyai pemain terbaik untuk menafikannya -- dia menyelesaikan segala masalah kami.

"Kami bertahan dengan baik, khususnya selepas penalti itu. Sebelum itu, kami memberi ruang kepada mereka, termasuk gerakan yang menyumbang kepada penalti itu. 

"Selain daripada itu, kami beraksi dengan baik."

 

Advertisement

Must Watch Video