Skip to main content

Bola Sepak

Buffon harap dia, Casillas sama-sama pamer belang

buffon-hopes-to-play-well-against-casillas.jpg
Kapten Juventus, Gianluigi Buffon, berharap dia serta rakan seposisinya di Porto, Iker Casillas, dapat menampilkan permainan hebat apabila saling berentap dalam aksi Liga Juara-Juara, awal pagi esok. 

Dua penjaga gol legenda itu saling menghormati satu sama lain, dengan Buffon memuji pemain Sepanyol itu menjelang pertemuan mereka. 

Aksi pusingan 16 itu bakal menyaksikan penampilan ke-100 Buffon dalam Liga Juara-Juara bersama Juve meskipun dia terkejut dengan statistik tersebut -- kerana dia membayangkan telah tampil lebih banyak. 

"Dalam pesawat, saya diberitahu ini adalah aksi saya yang ke-100 buat Juve dalam Liga Juara-Juara," katanya dalam sidang akhbar. 

"Secara jujurnya, ego saya seperti tercalar kerana saya fikir saya telah bermain lebih daripada itu. 

"Iker Casillas adalah pesaing yang sentiasa saya kagumi dan akan terus dikagumi. Dia mengambil keputusan berani dan sukar demi mencabar dirinya sendiri (meninggalkan Real Madrid untuk menyertai Porto). 

"Dia dalam prestasi terbaik dan saya berharap kami berdua dapat menampilkan permainan yang hebat."

Buffon menjangkakan Porto akan menghadirkan ujian hebat dalam pertemuan pertama dengan menegaskan adalah penting untuk Juve tidak berasa megah. 

"Porto semakin berkembang dalam beberapa tahun kebelakangan ini, mereka kembali disegani dan memiliki prestij di Eropah.

"Namun, kami akan memulakan permainan dalam setiap perlawanan seperti lazimnya, dengan fokus tinggi dan tidak angkuh," tambahnya. 

Advertisement

Must Watch Video