Bruno Fernandes yakin Manchester United mampu membuktikan bahawa mereka adalah pasukan gergasi di bawah bimbingan Erik ten Hag.
Musim lalu, pengurus Belanda itu perlu melupakan kempen 2021-22 yang menyedihkan berikutan beberapa keputusan memalukan selain persembahan yang tidak meyakinkannya.
Pelantikan Ten Hag dengan pantas melakar kejayaan untuk menjulang trofi pertama United sejak 2017 menerusi kejayaan Piala Liga Inggeris (EPL) serta menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di tempat ketiga.
Gergasi dari Old Trafford itu juga tumbang kepada Manchester City dalam perhitungan final Piala FA dan kali ini kapten yang baru dilantik itu menuntut kerja lebih keras daripada rakan sepasukannya.
"Kami mengharungi musim yang sangat baik," kata kapten itu.
“Ia tidak berjaya, tetapi saya fikir musim lalu adalah baik.
“Kami bermula dengan langkah kiri. Kami mencetak dua keputusan buruk dan ketika bertandang ke tempat lawan, kami bukanlah yang terbaik. Kami tidak mampu menghasilkan yang terbaik.
"Tetapi saya fikir keseluruhan musim ini boleh menjadi lebih bagus.
"Jelas sekali ia adalah musim pertama buat pengurus kami dan musim pertama untuk ramai pemain."
Fernandes ditemui selepas membantu The Red Devils membenam Arsenal 2-0 dalam perlawanan pemanas badan di New Jersey, sebentar tadi.
Menurutnya lagi: “Sekarang kami tahu bahawa kami perlu meningkatkan daripada segi permainan dan kami akan melakukannya. Kami akan memperbaikinya dan kami akan membuktikan bahawa kami adalah pasukan yang besar.
“Manchester United perlu berjuang untuk segala-galanya. Kelab ini berhak mendapatnya.
“Kami tahu apabila datang ke kelab seperti ini, kami perlu berjuang untuk segala trofi yang disertai. Itulah yang perlu kami lakukan.
“Berjuang untuk mereka, cuba yang terbaik untuk memenangi setiap perlawanan yang kami ada dan itu sahaja.”

Super stuff in the States! ?#MUFC || #MUTOUR23 ??
— Manchester United (@ManUtd) July 22, 2023