Brunei DPMM dilaporkan sah akan kembali semula ke kancah Liga Super selepas beraksi dalam Liga Perdana Singapura (SPL).
Dengan Sri Pahang serta Kedah Darul Aman dijangka tidak akan membuat penampilan dalam Liga Super musim hadapan, hadir pasukan baharu dalam kancah Liga Malayisa.
Menerusi perkongsian koppatv, Brunei DPMM akan membuat penampilan semula dalam saingan Liga Super selepas beraksi dalam saingan Liga Perdana Singapura.
Meskipun tiada kenyataan rasmi dari Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dan Brunei DPMM namun ia sudah menerima pelbagai reaksi dari penyokong, ada yang menyambut baik tetapi terdapat juga kurang gemar dengan berita tersebut.
Untuk rekod, Brunei DPMM pernah beraksi di Liga Malaysia selama tiga tahun daripada 2005 hingga 2008 -- bermula dengan menyertai Liga Perdana pada musim pertama sebelum ke Liga Super.
Pencapaian terbaik mereka hadir pada musim 2005/2006, Brunei berjaya meraih tempat ketiga di Liga Super dan itu adalah pencapaian terbaik mereka dalam Liga Malaysia.
Rekod Brunei DPMM di Singapura boleh dikatakan baik apabila mereka memenangi liga sebanyak dua kali, tiga kali menjuarai Piala Liga Singapura dan muncul pemenang Piala Singapura pada 2018.