Aksi persahabatan yang menyaksikan Perak membenam Felcra FC 5-1 kelmarin adalah perlawanan kompetitif pertama bagi pemain tengah kebangsaan kelahiran Australia, Brendan Gan Seng Ling, sejak mengalami kecederaan lutut anterior cruciate ligament (ACL) keduanya pada hujung 2016.
Kemasukan Brendan pada pertengahan babak kedua menentang Felcra mendapat tepukan gemuruh peminat Perak yang menyaksikan perlawanan itu di Stadium Arena, Universiti Malaya.
Bekas pemain Sydney FC berkenaan mengakui berasa gementar ketika memanaskan badan tetapi sebaik menyentuh bola, dia mula berasa yakin.
Malah, katanya, dia selesa bersama skuad The Bos Gaurus dan berharap bebas daripada sebarang masalah kecederaan dalam Liga Malaysia musim ini.
"Kini, semuanya harus bermula perlahan dan mula mengambil 20 minit, 30 minit, 40 minit tempoh bermain bagi membina kembali keyakinan.
"Saya tidak menjangkakan apa-apa dalam perlawanan pertama saya. Bagaimanapun, saya tidak sabar untuk perlawanan seterusnya," katanya selepas perlawanan.
Turut cemerlang ketika aksi dengan Felcra ialah pemain tengah Perak, Ahmad Khairil Anuar Ahmad Zamri, yang menjaringkan dua gol dalam perlawanan itu.
Selepas digugurkan daripada skuad negara daripada ke pusingan akhir Kejohanan AFC B-23, Ahmad Khairil berkata fokusnya kini adalah persiapan pra-musim bersama Perak.
"Setiap kali perlawanan, saya akan memberikan 100 peratus sebab kita tidak boleh selesa.
"Saya tidak boleh seronok sangat kerana perjalanan masih panjang. Ini hanya perlawanan persahabatan," katanya.