MILAN 6 SHKENDIJA 0
Leonardo Bonucci berasa hebat selepas membuat kemunculan pertama bersama AC Milan ketika membenam Shkendija 6-0 dalam pertemua pertama play-off Liga Europa, awal pagi tadi.
Pemain pertahanan tengah Itali itu memulakan perlawanan di San Siro itu buat julung kalinya sejak tiba dengan harga €42 juta (RM211.6j) dari seteru Serie A, Juventus.
Milan merakamkan kemenangan terbesar mereka di pentas Eropah dalam tempoh 24 tahun hasil dua gol sumbangan Andre Silva dan Riccardo Montolivo, termasuk sentuhan penyudah daripada Luca Antonelli dan Fabio Borini.
Bonucci menegaskan masih ada ruang untuk diperbaiki dalam permainan Milan, namun gembira dapat beraksi.
"Ia perasaan yang hebat, terutama ketika awal permainan," katanya kepada Mediaset Premium.
"Sukar untuk menembusi mereka, namun kami melakukannya dengan cukup baik sekali. Kami perlu memperbaiki penguasaan bola, namun kami berada di landasan tepat.
"Kami mengambil perkara-perkara positif tetapi perlu juga untuk meningkatkan permainan terhadap elemen negatif perlawanan ini."
Bonucci yang dinamakan sebagai ketua pasukan oleh ketua jurulatih, Vincenzo Montella, memberi ucapan semangat kepada rakan sepasukannya sebelum sepak mula.
Pemain berusia 30 tahun itu mendedahkan dia memberi peringatan kepada pasukannya agar tidak leka dalam usaha mereka untuk merapatkan jurang dengan Juve yang kini di puncak bola sepak Itali.
"Saya cuba memberitahu kepada pasukan bahawa tiada permainan mudah, anda perlu berusaha untuk meraih kejayaan setiap kali melangkah ke dalam padang.
"Mereka sudah tahu mengenainya, maka tiada perkara baru yang saya ucapkan.
"Ia memerlukan kerja keras sebelum kami mencapai tahap seperti Juve."