Skip to main content

Bola Sepak

Boga ke Birmingham, Oxlade-Chamberlain ke Stamford Bridge

jeremie-boga-cropped_uhqasf4otpsp1gc3ikx6y0d9h.jpg
Chelsea bersetuju meminjamkan Jeremie Boga ke Birmingham City tatkala spekulasi mereka mahu mendapatkan khidmat Alex Oxlade-Chamberlain semakin memuncak.

Boga, 20 tahun, telah menandatangani kontrak tiga tahun sebelum dipinjamkan ke kelab di Liga Kejuaraan itu.

Pemain antarabangsa Ivory Coast itu menyertai barisan pemain muda lain yang telah dipinjamkan bagi edisi 2017-18, antaranya Ruben Loftus-Cheek, Tammy Abraham, Michael Hector, Kurt Zouma dan Lewis Baker. 

Berita itu hadir tatkala khabar angin mengenai pembelian  Oxlade-Chamberlain semakin meninggi.

Laporan di England menyatakan Chelsea telah bersetuju untuk membayar GBP35 juta (RM193 juta) bagi mendapatkan khidmat pemain Arsenal itu.

 

Advertisement

Must Watch Video