Kelantan mengumumkan skuad penuh 25 pemain, termasuk lima awang import, bagi memikul cabaran The Red Warriors (TRW) dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) yang akan bermula awal bulan depan.
Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Bibi Ramjani IIias Khan, menyifatkan skuad TRW sudah lengkap sepenuhnya sambil mengakui akan meminjamkan enam pemain kepada mana-mana pasukan yang berminat.
Katanya, enam pemain tersebut adalah Hattaphon Bun An, Mohd Nasharizam Abd Rashid, Rozaimi Azwar Mat Noor, Mohd Shafiq Abd Rahman, Faizol Nazlin Sayuti dan Muhammad Haikal Mohd Nazri.
“Hari ini kita memuktamadkan skuad penuh Kelantan seramai 25 pemain dan secara peribadi saya berharap dengan kehadiran lima pemain import dapat menyumbang kepada kekuatan pasukan untuk menghadapi saingan sengit Liga-M.
“Bagaimanapun, ada enam pemain yang gagal mendapat tempat dalam skuad Kelantan dan panel pemilih yang diketuai ketua jurulatih (Sathit Bensoh) telah mencadangkan supaya mereka ini dipinjamkan kepada pasukan yang berminat,” katanya.
Mengulas lanjut keputusan meminjamkan pemain, Bibi Ramjani menyifatkan ia memberi peluang kepada mereka menunjukkan bakat untuk beraksi dalam saingan Liga-M selain meringankan beban kewangan yang ditanggung KAFA.
“Setakat ini, kami setuju untuk meminjamkan dua pemain kepada Perlis. Adalah lebih baik kepada mereka beraksi dengan pasukan lain berbanding sekadar memanaskan bangku simpanan.
“Keputusan ini juga dibuat sebagai langkah mengurangkan beban kewangan yang terpaksa ditanggung oleh KAFA,” katanya.
Dalam perkembangan yang sama, Bibi Ramjani juga mengesahkan kejayaan TRW mengikat penyerang, Bruno Lopes, sekaligus melengkapkan kuota lima pemain import yang dibenarkan beraksi musim ini.
“Alhamdulillah, kami berjaya mengikat Bruno Lopes untuk menguatkan barisan serangan Kelantan. Sebelum ini, kami telah menandatangani kontrak bersama bekas penyerang UiTM FC, Do Dong-hyun, Cassio Francisco Jesus dan Ferdinand Sinaga sambil mengekalkan Morgaro Lima Gomis," tambahnya.