Leonardo Bonucci tidak akan memperkasakan Juventus di laman Porto bagi pertembungan Liga Juara-Juara angkara perbalahannya dengan ketua jurulatih, Massimiliano Allegri.
Kedua-duanya saling bertelagah dalam kemenangan 4-1 mereka ke atas Palermo dalam saingan Serie A, Jumaat lalu, meskipun Allegri kemudian menjelaskan ia tercetus kerana salah faham.
Namun, khidmat Bonucci telah diabaikan dalam kunjungan Juve ke Portugal sempena menghadapi aksi pusingan 16, dengan jurulatih itu mendakwa pemain berkenaan tidak mempunyai masalah dengan keputusan tersebut.
"Bonucci hanya akan menjadi penonton," kata Allegri dalam sidang media. "Ia tidak bermaksud ia akan menjadi isu besar.
"Ia langkah yang wajar bagi menghormati kelab, pasukan dan peminat. Kes itu sudah tamat.
"Sebagai pemain penting dan bijak, Leo faham dengan keputusan itu."
Tatkala Juve mengetepikan Bonucci, mereka mendapat perkhabaran gembira dengan kehadiran Giorgio Chiellini dan Andrea Barzagli untuk memperkuatkan benteng tengah mereka.
Kedua-dua pemain pertahanan tersebut diketepikan selama beberapa minggu akibat kecederaan, kini mereka sudah bersedia untuk menghadapi Porto.
"Chiellini dan Barzagli sudah cergas dan sedia untuk diturunkan.
"Suasana tegang dan huru-hara boleh terjadi, ia adalah sebahagian daripada sukan.
"Namun, kami tidak mahu mengeruhkan keadaan. Semuanya sudah selesai dan kami memandang ke hadapan.
"Fokus kami ketika ini adalah untuk aksi selama 180 minit dengan kualiti tinggi.
"Ini bukan perlawanan mudah. Porto adalah sebuah pasukan paling sukar dalam pusingan 16 dan kami tidak terganggu dengan situasi yang tidak wujud."