Skip to main content

Bola Sepak

Belanda rangkul kejuaraan Euro 2017 wanita

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

7817netherlands.jpg
BELANDA 4 DENMARK 2

Pasukan tuan rumah, Belanda, merangkul kejuaraan Kejohanan Bola Sepak Wanita Euro 2017 dengan penuh bergaya selepas mengetepikan Denmark 4-2 di Stadion Twente.


Vivianne Miedema merupakan wirawati dalam aksi yang berlangsung semalam, dengan meledak dua gol buat Belanda, namun Denmark terlebih dahulu membuka jaringan pada minit keenam menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Nadia Nadim.

Penyerang Arsenal, Miedema, segera menyamakan kedudukan empat minit kemudian sebelum Lieke Martens meletakkan Oranje  di hadapan pada minit ke-28.

Denmark terus memberikan asakan dan menjadikan kedudukan 2-2 hasil jaringan kapten pasukan, Pernille Harder. 

Bersambung selepas rehat, Belanda mempamerkan persembahan mantap selepas meraih dua lagi gol menerusi kapten pasukan, Sherida Spitse dan Miedama bagi memastikan kejuaraan memihak kepada skuad bimbingan Sarina Wiegman-Glotzbach itu.

Advertisement

Must Watch Video