Bekas pemain berusia 31 tahun itu menyertai Red Devils dari Blackburn pada 2011, membuat 229 penampilan dan menjaringkan enam gol sebelum kontraknya tamat pada musim panas.
Jones dilanda beberapa siri kecedera sejak kebelakangan ini, dengan penampilan kompetitif terakhirnya di United adalah ketika kemenangan menentang Brentford pada Mei 2022.
Agensi berita PA difahamkan pemain antarabangsa England dengan 27 penampilan itu tidak menolak sebarang peluang untuk kembali beraksi dan berusaha memastikan pilihan itu kekal terbuka, namun dia melihat ke arah masa depan.
Start of a new journey. Great to begin the global football sport directorship course with the PFA business school, learning new things about the game, whilst also continuing to push ahead with my A licence and badges at the club that gave me so much.
— Phil Jones (@PhilJones4) September 26, 2023
Excited to get started. pic.twitter.com/a1SATTx4TP
"Permulaan perjalanan baru," kata Jones menerusi media sosial.
“Sangat bagus untuk memulakan kursus pengarah sukan bola sepak global dengan sekolah perniagaan PFA, mempelajari perkara baharu tentang permainan, sambil terus meneruskan dengan lesen A dan lencana saya di kelab yang memberi saya banyak perkara. Teruja untuk bermula.”
Jones telah memerhati barisan pemain muda United sebagai sebahagian daripada perkembangan kejurulatihannya sambil dia mempertimbangkan langkah seterusnya.