Barcelona sedia mengatasi Bayern Munich seandainya wakil Jerman itu gagal mencapai kata sepakat untuk menandatangani Leon Goretzka, kata Ketua Eksekutif, Karl-Heinz Rummenigge.
Pemain tengah Jerman itu akan meninggalkan Schalke pada akhir musim ini untuk menyertai juara Bundesliga itu dengan perjanjian empat tahun, dengan kedua-dua kelab telah membuat pengesahan minggu lalu.
Jurulatih Bayern, Jupp Heynckes, dan Rummenigge melabel pendekatan itu sebagai positif untuk Bundesliga kerana ia mengekalkan salah seorang bakat utama mereka di Jerman.
Sehubungan itu, dalam temubual bersama Majalah Bayern, Rummenigge mendakwa gergasi LaLiga, Barcelona, sedang memburu pemain tengah tersebut.
"Sekiranya kami tidak menandatangani Leon, dia mungkin akan menyertai Barcelona," katanya. "Secara umumnya, itu tidak baik bagi pihak bola sepak Jerman.
"Leon sangat berbakat, dia berusia 22 tahun, seorang pemain antarabangsa Jerman yang berpotensi besar di posisinya. Kami pastinya silap besar jika kami tidak cuba mengikatnya."
Goretzka dihujani kritikan dan kekecewaan peminat apabila sepanduk memprotes perpindahan itu dibentangkan ketika mereka seri 1-1 dengan Schalke di Hannover, Ahad lalu.