Skip to main content

Bola Sepak

Bayern optimis dengan proses pemulihan Boateng

bayern-optimistic-over-boateng-recovery.jpg

Pengendali Bayern Munich, Carlo Ancelotti, optimis Jerome Boateng akan kembali pulih daripada kecederaan dan sempat beraksi dalam aksi pusingan 16 kedua Liga Juara-Juara Eropah (UCL) berdepan Arsenal pada 7 Mac ini.

Boateng masih belum beraksi memasuki separuh kedua musim ini susulan mengalami kecederaan bahu.

Bagaimanapun, Ancelotti menjangkakan pemain itu akan kembali menjalani latihan hujung bulan ini.

"Kami berpuas hati dengan proses pemulihan Jerome," ujar Ancelotti ketika sidang media menjelang pertemuan dengan Schalke pada Sabtu.

"Dia cukup fokus.

"Kami berharap dia akan bingkas pulih. Saya berasakan dia akan kembali menjalani latihan hujung Februari ini."

Franck Ribery turut diketepikan ekoran kecederaan hamstring, namun pemain Perancis itu dijangka kembali berlatih minggu depan.

"Kecederaan Ribery tidak serius," tambah Ancelotti.

"Dia mungkin akan kembali menjalani latihan minggu depan."

Sementara itu, pemain tengah, Thiago Alcantara dan Arturo Vidal, dijangka kembali beraksi berdepan Schalke.

"Thiago dan Vidal telah menjalani latihan bersama skuad utama sepanjang minggu ini.

"Mereka berada di tahap terbaik akan turun berdepan Schalke, namun kami ketiadaan Joshua Kimmich kerana tidak sihat."

 

Advertisement

Must Watch Video