Bayern Munich telah menghentikan usaha mendapatkan khidmat pemain sayap Chelsea, Callum Hudson-Odoi untuk bulan Januari.
Gergasi Bundesliga itu kuat dikaitkan dengan pemain berusia 18 tahun itu selepas dia dilaporkan kurang diberikan pendedahan di Chelsea.
Pengarah Sukan Bayern, Hasan Salihamidzic, mengesahkan minat dalam menandatangani Hudson-Odoi pada awal bulan lalu, dengan legenda kelab, Michael Ballack, turut bercakap mengenai keupayaan bintang muda itu.
Hudson-Odoi tidak memberikan sebarang ulasan sementara penyokong Chelsea meminta pemain itu agar tidak meninggalkan Stamford Bridge.
Pengurus Chelsea, Maurizio Sarri, mahu pemain muda itu terus kekal bersama kelab bagi membangunkan lagi mutu permainannya dan Bayern telah menamatkan usaha untuk membawa Hudson-Odoi ke Jerman buat sementara waktu.
"Kami tidak lagi aktif dalam jendela perpindahan," kata ketua jurulatih Bayern, Nico Kovac.
"Bayern tidak mahu melepaskan mana-mana pemain, kami memiliki skuad yang besar. Saya perlu mengetepikan satu atau dua pemain sekali lagi untuk aksi seterusnya."
Bayern akan berusaha untuk mengejar pendahulu liga, Borussia Dortmund, yang memiliki kelebihan enam mata ke atas anak buah Kovac itu ketika berkunjung ke Bayer Leverkusen esok.
Thiago Alcantara dijangka cergas untuk perlawanan itu sementara Arjen Robben dan Franck Ribery bakal diketepikan.
"Leverkusen pasukan berkualiti. Kami menjangkakan pertembungan yang sengit."