Skip to main content

Bola Sepak

Bauza percaya Messi sedang memberontak

-angry-messi-didn-t-celebrate-because-of-criticism-bauza.jpg
Pengendali Argentina, Edgardo Bauza, percaya Lionel Messi meradang dan bertindak balas terhadap kritikan terhadapnya dengan tidak meraikan jaringan kemenangannya ke atas Leganes. 

Messi melengkapkan dua jaringannya menerusi sepakan penalti pada minit ke-90 untuk Barca meraih kemenangan 2-1 yang kurang meyakinkan dalam aksi LaLiga, Ahad lalu. 

Bintang Argentina itu tidak meraikan jaringannya bersama rakan sepasukannya -- dan jurulatih, Luis Enrique -- berhubung cemuhan yang diterimanya dalam perlawanan tersebut. 

Jurulatih kebangsaannya, Bauza, berkata tindakan itu didorong oleh kritikan yang diterimanya berikutan kekalahan 4-0 dalam Liga Juara-Juara kepada Paris Saint-Germain (PSG).

"Saya berasakan dia memberi reaksi terhadap kritikan yang diterimanya selepas perlawanan dengan PSG," katanya kepada stesen radio, Joga Bonito. 

"Saya sedar dia sangat marah ketika menjaringkan gol-gol tersebut."

Barca kini dipisahkan hanya satu mata dengan pendahulu LaLiga, Real Madrid, yang memiliki kelebihan baki dua perlawanan. 

Advertisement

Must Watch Video