Skip to main content

Bola Sepak

Barry bakal main peranan penting di West Brom

gareth-barry-160817.jpg
West Brom melengkapkan perpindahan Gareth Barry dari Everton tanpa mendedahkan yuran perpindahannya. 

Bekas tonggak tengah Aston Villa dan Manchester City itu tiba di The Hawthorns dengan kontrak setahun selepas enggan memperbaharui kontrak di Merseyside. 

"Saya mahu membantu pasukan," katanya kepada laman sesawang Baggies. 

"Ia sentiasa menjadi amalan saya, tidak kira di mana saya beraksi. 

"Saya mahu membantu pasukan untuk meningkat, bekerja keras dan berharap menambah kualiti pasukan."

Pengurus kelab, Tony Pulis, berharap Barry yang mewakili England sebanyak 53 kali akan menampung kehilangan Darren Fletcher yang berhijrah Stoke City.

"Terdapat kekosongan besar apabila kami kehilangan Fletch dan Gareth akan memainkan peranan itu," kata Pulis. 

"Dia seorang pemain yang hebat dan saya berasakan kontrak dua tahun yang ditawarkan oleh Everton untuk memujuknya supaya kekal mengukur sikapnya dalam permainan.

"Dia begitu dahagakan aksi dan saya tidak sabar untuk bekerjasama dengannya."

Pemain berusia 36 tahun itu hanya kurang lima perlawanan untuk mengatasi rekod penampilan Ryan Giggs dalam Liga Perdana Inggeris (EPL). 


 

Advertisement

Must Watch Video